Berita Menarik Tertarik Terbaru !!

Tuesday, August 4, 2015

Selebriti Putus tunang tak rela tertipu

Sana-sini ada rumah terbuka. Banyak juga undangan yang SS terima terutama pada hujung minggu. Seronok dapat berjumpa rakan lama, macam-macam cerita boleh dikongsi.

Dalam rancak bercerita, teman SS terlepas cakap mengenai perlakuan tidak senonoh bekas tunang seorang selebriti wanita.

Gambar Hiasan

Katanya, bekas tunang selebriti itu kaki perempuan. Pantang nampak wanita berdahi licin, mulalah menggatal. Lebih haru, bukan seorang dua, tetapi ramai.

Mulanya selebriti wanita itu menyang­ka tunangnya sekadar berkawan kerana tuntutan tugas. Lama-kelamaan dia rasa tidak sedap hati dan mula memandang serius perkara itu.

Pernah dia cuba mendapatkan kepastian mengenai perkara itu, tetapi tunangnya menafikan. Ketika itu dia percaya bulat-bulat kata-kata tunangnya kerana mereka akan berkahwin tidak lama lagi.

Bagaimanapun, lepas satu persatu perangai buruk tunangnya terbongkar dia pun mula tawar hati.

Apatah lagi dia nampak depan mata tunangnya bermesra dengan wanita lain.

Enggan terus tertipu, selebriti itu nekad memutuskan pertunangan. Walaupun persiapan sudah hampir selesai, dia tidak peduli.

Sudah banyak kali selebriti itu beri peluang tunangnya berubah, tetapi tidak ada satu pun dihargai. Mungkin berpisah adalah jalan terbaik.

SS: Ada pelakon lelaki ‘sado’ masih tidak boleh lupakan kekasih lamanya. --Hmetro

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts