Berita Menarik Tertarik Terbaru !!

Wednesday, June 10, 2015

Fuhh: Saman pelakon kerana merenungnya dari kaca TV

SHANGHAI - CHINA. Seorang lelaki menfailkan saman terhadap seorang pelakon terkenal, Zhao Wei selepas dikatakan 'merenungnya' melalui kaca televisyen.

Lelaki tersebut menfailkan saman ganti rugi di Mahkamah Rakyat Daerah Baru Shanghai Pudong yang mendakwa selebriti itu telah menyebabkan 'kerosakan rohani' dengan merenung tajam ke arahnya dalam slot drama yang dibintangi aktres tersebut.


Zhao membintangi drama popular bertajuk 'Tiger Mom' yang ditayangkan di Dragon Television and Tianjin Television sejak Mei lalu.

Dia memegang watak seorang wanita yang garang dan sentiasa menjeling tajam kepada anak dan suaminya.

Menurut laporan Legal Daily, mahkamah Shanghai menerima beberapa kes pelik sejak beberapa bulan lepas.

Sebelum ini seorang peguam bertindak memfailkan saman ke atas mahkamah kerana menyebabkan kesihatannya terjejas selepas mahkamah tidak memberi rehat semasa prosiding dijalankan.

Mengejutkan : Nasa nafi dunia berakhir pada September

PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) mengeluarkan penafian selepas sebuah khabar angin yang tersebar secara meluas di dunia maya mengenai sebuah asteroid didakwa akan melanggar planet bumi pada bulan September tahun ini.

"Tiada sebarang komet atau asteroid yang berada dalam laluan pelanggaran (collision course) dengan bumi, jadi kemungkinan berlaku pelanggaran adalah sangat kecil," kata jurucakap Nasa, awal minggu ini.


"Faktanya, tiada sebarang objek akan berlanggar dengan bumi untuk masa beberapa ratus tahun akan datang," lapor Dailymail.

Khabar angin tersebut yang dikongsi secara meluas mengatakan satu asteroid akan menghempas bumi di Puerto Rico, mengakibatkan gempa bumi dan tsunami.

Kesan hempasan tersebut dikatakan akan menghancurkan Amerika Syarikat (AS), Mexico, Afrika Tengah dan Afrika Selatan.

Khabar angin tersebut dikatakan dimulakan oleh Rev Efrain Rodriguez yang mengatakan beliau seorang nabi dan mendapat khabar tersebut dari Tuhan.

Fuhh : Wanita berkain batik di JPJ jadi viral

KUALA LUMPUR - Seorang wanita tidak berpuas hati apabila disuruh memakai kain sarung sebelum dibenarkan berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Wanita yang dikenali sebagai Suzanne itu menyatakan ketidakpuasan hati menerusi akaun Facebook miliknya yang menyebabkan perkara itu menjadi viral.

Menurut Suzanne, dia mengunjungi pejabat JPJ bagi urusan perpindahan milik kenderaan yang dijualnya.



Suzanne yang memakai baju berwarna merah jambu dan skirt merah mendakwa didekati seorang kakitangan JPJ di belakang kaunter mengambil nombor giliran dan diberi sehelai kain batik.

Dakwanya, dia seterusnya diberitahu agar memakai kain itu atau tidak akan dilayan.

“Saya memakai pakaian seperti ini, tidak sopankah?

“Hanya perlu duduk di hadapan cermin kaunter yang mana hanya bahagian-bahagian hadapan badan saya saja yang dilihat oleh pegawai berkenaan. Saya tidak tahu sama ada ingin ketawa atau menangis,” katanya dalam status yang dimuat naik.

Wanita itu kemudiannya memuat naik tiga keping gambar yang menunjukkan luar premis, sebelum memakai kain batik dan dua lagi ketika berada dalam bangunan dan menjalankan urusan.

Difahamkan, kejadian berlaku di pejabat JPJ Wangsa Maju.

JPJ dalam satu kenyataan memohon maaf kepada wanita tersebut selain memberitahu tiada peraturan yang menyatakan bahawa pelanggan perlu diberikan kain sarung jika tidak menepati garis panduan kod etika pakaian.

“JPJ ingin menegaskan bahawa tiada peraturan yang menyatakan bahawa pelanggan perlu diberikan kain sarung jika mereka tidak menepati garis panduan kod etika pakaian.

“Pihak JPJ berasa amat kesal dengan kejadian ini dan memohon maaf,” kata kenyataan itu lagi.

Fuhh: Gaji Najib antara yang tertinggi di Asia

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki tangga ke 11 dalam ranking gaji tertinggi pemimpin Asia pada hari ini, lapor sebuah portal antarabangsa.

Berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan portal Listabuzz April lalu, Najib dikatakan memperoleh pendapatan secara sebanyak 75,775.2 USD (RM 284,194.89) setahun.


Ini bermakna secara purata, perdana menteri keenam ini memperoleh pendapatan sebanyak RM 22, 826.65 setiap bulan.

Ranking tersebut menyaksikan Presiden Burma, Thein Sein menduduki tangga terakhir dari 17 pemimpin dengan memperoleh pendapatan sebanyak 5,000 USD (RM 18,716) sebulan.

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menduduki tangga pertama memperoleh pendapatan secara bulanan  RM 508,250 (RM 6,099,005 setahun).

Perdana Menteri Singapura itu bukan sahaja merupakan pemimpin yang mendapat gaji tertinggi di Asia, malah tertinggi di dunia.

Tuesday, June 9, 2015

Ibu Christiano Ronaldo Ditahan Pihak Berkuasa Sepanyol

IBU kepada bintang bola sepak terkenal Real Madrid, Christiano Ronaldo ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Barajas, Madrid kerana didapati ingin meninggalkan negara berkenaan dengan membawa sejumlah besar wang tunai pada bulan lalu, lapor akhbar El Mundo.

Ibunya, Dolores Aveiro, 60, yang sering menghabiskan masa bersama anaknya yang merupakan seorang jutawan bola sepak di kediaman mewah mereka di luar wilayah Madrid, ditahan pihak polis di Barajas selepas mendapati sebuah bagasi yang dipegangnya penuh dengan wang tunai berjumlah €55,000 (RM234,000).


Undang-undang menetapkan bahawa setiap pelancong hanya dibenarkan membawa keluar sejumlah wang tunai tanpa mengisytiharkan pemindahan dari Sepanyol adalah sebanyak €10,000 (RM42,500).

Menurut akhbar Spanish Daily, Aveiro didapati tidak mengisi borang deklarasi yang disediakan dan kemudiannya ditahan oleh ejen pengawal awam lapangan terbang selama beberapa minit sebelum lebihan wang tunainya dirampas.

Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan berlepas ke Portugal dengan membawa €10,000 (RM42,500) sahaja.

Selain itu, Aveiro akan dikenakan saman sekurang-kurangnya €600 (RM2,500) atas cubaan untuk mengeksport wang tunai keluar secara haram. Dia hanya boleh mengambil semula wang lebihan yang dirampas berjumlah €45,000 (RM191,000) selepas membayar saman.

Sementara itu, segmen selebriti di akhbar Sepanyol sejak beberapa minggu lalu memaparkan gambar Ronaldo bersantai di sebuah kapal layar milik seorang hartawan runcit British, Sir Philip Green.

Tambah lagi, selepas berpisah dengan model Rusia, Irina Shayk baru-baru ini, Ronaldo memilih untuk memulakan percutian musim panas bersama rakan lamanya seperti Miguel Paixao, salah seorang pemain Sporting Lisbon Junior.

Menurut akhbar Portugis, Correio de Manhã, hubungan Ronaldo dan Shayk musnah pada Krismas lalu disebabkan Shayk tidak menghormati ibu Ronaldo.

Ketika pasangan bahagia itu sedang bercuti di Dubai, Ronaldo bercadang untuk pulang ke kediamannya di Madeira untuk membuat kejutan terhadap ibunya sempana hari jadi yang ke-60 pada 31 Disember.

Shayk dilaporkan enggan menemani Ronaldo menghadiri majlis hari jadi itu dan pada Januari, bekas pemain Manchester United itu bertindak memaklumkan kepada umum mengenai hubungan selama lima tahunnya itu sudah sampai ke penghujung.

Popular Posts