Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, kejadian itu disedari selepas ibu saudara mangsa dimaklumkan pihak sekolah kanak-kanak malang tersebut mengenai kecederaan mereka semalam.
Tambahnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat kesan luka dan parut kecederaan lama di bahagian badan serta kepala kedua-dua kanak-kanak berkenaan.
“Kedua-dua kanak-kanak itu kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang dan ibu tiri mereka sudah ditahan serta direman sehingga 7 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


0 comments:
Post a Comment