Berita Menarik Tertarik Terbaru !!

Friday, August 7, 2015

Penemuan curi tumpuan media antarabangsa

SHAH ALAM - Penemuan serpihan pesawat milik MH370 di Pulau Reunion di Lautan Hindi seperti yang diumumkan, semalam kembali hangat diperkatakan media antarabangsa selepas 515 hari kehilangannya.

Kebanyakan akhbar menjadikan berita penemuan itu sebagai tajuk utama mereka dan Pulau Reunion mula mencuri tumpuan masyarakat dunia selepas komponen sayap pesawat, flaperon ditemui di pesisir pantai tersebut pada 29 Julai lalu.


Akhbar Singapura, Channel News Asia menggunakan tajuk 'Confirmation of MH370 debris does little to dispel theories' yang berharap penemuan serpihan pesawat tersebut dapat menamatkan segala teori konspirasi yang banyak diperkatakan sejak lebih setahun lalu.

Dalam satu kenyataan, akhbar Britain, BBC turut memaparkan kenyataan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott yang percaya 'misteri membingungkan' berhubung kehilangan pesawat MH370 akan terungkai dalam masa terdekat menerusi tajuk 'MH370: Abbott says 'baffling mystery' is closer to resolution'.

Reaksi keluarga mangsa penumpang juga tidak terkecuali dan turut dipaparkan menerusi CNN, 'MH370: For families, 100% certainty on plane debris still elusive' yang mana kebanyakan waris dikatakan masih tidak jelas dengan berita terbaru tersebut.    

Dalam satu kenyataan lain, Kementerian Luar China menggesa Malaysia supaya meneruskan siasatan selain melindungi hak dan kepentingan waris mangsa penumpang sewajarnya.--Sinarharian

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts