Berita Menarik Tertarik Terbaru !!

Friday, August 7, 2015

ENOT 'REJECT' Go-d@an Pak Arab?

Di mana ada bunga, di situlah ada kumbangnya. Mungkin perumpamaan ini sesuai dikaitkan dengan mereka yang sedang hangat bercinta. Bagi Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah pula yang sudah masuk tahun ketiga bergelar janda, dia punya cerita tersendiri apabila disoal mengenai cinta.



“Tengok pada kes-kes penderaan buat saya takut nak kahwin lagi.  Tapi ajal, jodoh semuanya atas kuasaNya. Tak cari tapi ikut sahaja keadaan. Cuma janganlah Pak Arab. Ramai Pak Arab yang tiba-tiba mesej ‘I Love You’ di Facebook. Facebook tu tempat saya meniaga, bukan nak berkasih sayang. Lepas saya balas mesej not interested terus saya block dia,” cerita Enot sambil ketawa.

Nampaknya hati Enot memang terbuka untuk menerima jodoh baru tetapi kriteria yang ditetapkannya, bukan Arab. Kepada Enot, semoga perniagaan terus berkembang maju dan dipertemukan dengan jodoh yang baik. Amin. --Sinarharian

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts