Berita Menarik Tertarik Terbaru !!

Sunday, February 21, 2016

KORANG TENGOKLA SENDIRI!! Nenek Tak Sempat Nak Taubat ! Mati Mengejut Di Pejabat Agama Lepas Kantoi Buat Perkara...

Seorang wanita berusia 56 tahun yang ditangkap atas kesalahan berkhalwat dilaporkan mati mengejut di pejabat Jabatan Agama Islam Kedah sementara menunggu giliran untuk direkodkan keterangannya. Ketika menunggu giliran tersebut, wanita itu rebah dan meninggal dunia sebelum pasukan paramedik tiba di tempat kejadian.


Difahamkan bahawa kejadian disedari anak mangsa berusia 19 tahun yang turut menemani ibunya di pejabat tersebut.

“Pada mulanya, saya ingatkan mak sedang terlelap sebab dia ada cakap dia penat”.

“Tapi lepas saya cuba kejutkan dia bangun, dia tidak memberikan sebarang respon,” katanya lagi.

Jabatan Agama Islam Kedah sebelum ini dilaporkan telah menangkap wanita berasal dari Johor itu berdua-duaan dengan seorang lelaki Pakistan berusia 44 tahun di sebuah “home stay” di Bukit Kayu Hitam.

Wanita itu dipercayai mempunyai penyakit tekanan darah tinggi serta mengalami kemurungan selepas ditipu rakannya yang berjanji mahu mengahwinkannya dengan lelaki Pakistan dengan menggunakan khidmat agen di Thailand.

SUMBER: http://www.beritapanaz.com/2016/02/nenek-tak-sempat-nak-taubat-mati.html

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts