Wanita terbabit ditemui bersembunyi dalam bilik air dengan memakai seluar panjang dan singlet manakala pasangan lelakinya berusia 20-an memakai kemeja-T dan seluar panjang turut berada dalam bilik berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa dan Undang-Undang JAIK Syeikh Roshidi Mahmud berkata, sepasukan anggotanya membuat pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan kira-kira jam 1 pagi dan mendapati pintu berkunci dari dalam.
Menurutnya, selepas pintu diketuk beberapa kali, seorang lelaki membukanya dan terkejut apabila melihat kehadiran pihak berkuasa.--Hmetro


0 comments:
Post a Comment