Berita Menarik Tertarik Terbaru !!

Friday, August 7, 2015

[RAKYAT MEMERHATI] Asyraf Wajdi PAKAI GELANG HITAM Sejak jadi Timbalan Menteri?

Apa pandangan dan reaksi anda apabila melihat seorang lelaki memakai GELANG pada pergelangan tangannya? Bagi kita yang berbangsa Melayu yang telah sebati dengan ajaran bahawa gelang adalah pakaian perhiasan bagi wanita, tentu kita akan memandang dengan perasaan kurang senang dan tidak kurang pula yang akan melemparkan pelbagai tuduhan walaupun hanya melalui luahan di dalam hati.


Hari ini, pergilah ke mana-mana sahaja pasti kita akan bertemu dengan golongan lelaki bergelang, tak kisahlah apa jenis gelang sekali pun sama ada gelang tali, gelang jade, kayu koka, magnetic, atau sebagainya. Apakah sebenarnya motif mereka ini bergelang? Untuk mempamerkan satu gaya hidup yang moden, menunjuk-nunjukkan kemewahan atau sekadar terikut-ikut dengan penampilan diri seseorang ? Ada yang mengatakan bergelang kerana tujuan perubatan seperti gelang biomagnetik Edymium.


Al-Fadhil Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus menjelaskan bahawa hukum memakai gelang bagi lelaki adalah haram kerana ia termasuk di dalam kategori menyerupai perhiasan wanita tetapi sekiranya pemakaian gelang tersebut dengan tujuan semata-mata perubatan, ianya adalah diharuskan. Keharusan hukum itu akan terhenti setelah penggunaan gelang tersebut sebagai alat pengubatan tidak diperlukan lagi atau apabila terbukti tidak memberikan apa-apa kesan kepada kesihatan tubuh badan pengguna.

Bagaimana pula dengan gelang yang dipakai oleh Asyraf Wadji yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau dikesan memakai gelang berwarna hitam yang seakan-akan jam sukan seperti gambar di sebelah.



Cuma satu yang menjadi persoalan, apakah terdapat keperluan kepada beliau memakai gelang tersebut setelah menjadi Timbalan Menteri. Persoalan ini timbul kerana beliau didapati tidak memakai gelang hitam tersebut sebelum ini.

Walau apa pun tujuan pemakaian gelang hitam itu oleh Asyraf Wadji, sebagai anak Kelantan yang tinggi ilmu agamanya, sepatutnya beliau berhati-hati dalam apa jua perbuatan, tingkah laku dan pakaian. Apatah lagi setelah dinaikkan pangkat ke jawatan yang tinggi pada masa ini. Kita hanya mengingatkan sahaja kerana berdasarkan pengalaman yang lalu, manusia mula berubah sedikit demi sedikit setelah mendapat kuasa dan kemewahan.


Hadis daripada Imran bin Hussein RA, bahawasanya Rasullulah SAW telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts