Menurutnya, mangsa parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian akibat digilis tayar depan kanan kereta berkenaan sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang untuk dibedah siasat.
Bapa mangsa, Zakaria Mat Arop, 76, berkata, sebelum kejadian itu, anaknya yang sudah bernikah di Sik, Kedah pada 13 Jun lalu dengan pasangannya Siti Aishah Mahamud, 21, dikatakan sempat menyiapkan bungkusan hadiah seperti bunga telur dan beg untuk tetamu.
Menurutnya, arwah hanya memaklumkan mahu ke Pulau Pinang sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal Kawasaki Ninja RR 150 miliknya.--Hmetro


0 comments:
Post a Comment