Buktinya, pelakon cilik Mia Sara mendedahkan bagaimana dia melalui saat getir apabila sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekolah termasuk diejek dek kerana populariti yang dikecapi.
Tambah pelakon berusia 10 tahun ini, meskipun dibuli sedemikian rupa namun perbuatan rakan-rakan sekolahnya itu tidak mendatangkan kecederaan.
Oleh itu, Mia mengambil pendekatan untuk tidak terlalu sensitif dengan sikap rakan-rakannya.
Sementara itu, bapanya Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh mengakui tahu situasi yang menimpa anaknya itu namun enggan masuk campur kerana mahu Mia Sara belajar berdikari.
“Jangan sampai anak saya cedera teruk kena belasah, sudahlah. Bagaimanapun saya akan pastikan dia mendapat nasihat dan motivasi setiap hari. Saya tak mahu dia pulang ke rumah dengan emosi terganggu,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Mia bakal terlibat dengan penggambaran drama Super Game Boy, untuk siaran Astro Ceria. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Sumber: mStar Online
0 comments:
Post a Comment