Menurut Azalina yang juga merupakan Ahli Parlimen Pengerang, kenyataan beliau seperti yang disebarkan menerusi media sosial dan media massa telah disalah tafsir oleh semua pihak.
Tampil memperjelas semula kenyataannya, Azalina berkata, dalam Mesyuarat Lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang diadakan pada 2 Julai lalu, beliau hanya mengadakan perbincangan secara terbuka dan menggariskan beberapa perkara berkaitan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
“Saya berpendapat bahawa Finas perlu membuat kunjung hormat ke LPF untuk membincangkan secara terbuka garis panduan dengan lebih lanjut.
“Kajian lebih mendalam diperlukan untuk mengkaji keperluan untuk meletakkan satu Lembaga Penapisan yang baru di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia agar isu penapisan industri kreatif lebih spesifik,” katanya.
Beliau dalam pada itu turut menafikan menentang keputusan LPF yang mengeluarkan satu pekeliling mengenai garis panduan khusus penapisan filem.
“Saya hanya memberi pendapat bahawa perlunya satu dialog secara terbuka di antara pemain industri kreatif dibawah Finas dengan LPF untuk mencari penyelesaian jangka panjang untuk membantu isu garis panduan. Itu sahaja,” katanya.
Sumber


0 comments:
Post a Comment