Bagi pemilik badan, mereka mungkin merasakan tindakan yang diambil hanya perkara remeh tetapi bagi mereka yang menerima atau individu lain yang melihat dengan hati, ia satu pengorbanan.
"Saya tidak tahu ada pihak merakam gambar saya ketika saya cuba membantu lelaki berkenaan dan saya hanya mengetahuinya apabila diberitahu oleh isteri. Saya jadi malu kerana tidak mahu disalah anggap cuba menunjuk-nunjuk tetapi gambar itu pun sudah tersebar luas. Saya tidak boleh buat apa-apa," Lan Pet Pet dipetik sebagai berkata kepada sebuah portal hiburan.
Menceritakan detik kejadian, kata Lan, dia ketika itu sedang memandu melalui Jalan Putra, Alor Setar sebelum melihat sebuah kenderaan dengan tidak sengaja terlanggar motosikal yang ditunggang mangsa seorang lelaki India.
Tanpa berfikir panjang kata Lan, dia terus memberhentikan kenderaannya dan melintas ke arah laluan bertentangan untuk membantu mangsa.
"Saya tidak sampai hati melihat keadaannya dan terus meluru keluar untuk membantu mengangkatnya sebelum ada pihak lain datang memberi pertolongan," ujarnya lagi.
Saksi kejadian yang sempat merakamkan kelibat Lan menolong mangsa kemalangan itu membayangkan selebriti itu sebagai seorang yang sanggup menolak tepi keselamatan dirinya demi membantu individu lain.
"Baguslah Lan Pet Pet ni.. Tadi accident (kemalangan) jalan nak ke menara yang dia nak ke dataran.. jalan tak sama kan.. dia berhenti kereta dulu tengah-tengah jalan, Lan pi tolong orang yang accident (kemalangan) tu.. India kot yang accident (kemalangan) tu dok tengah terbaring ja..," tulis pemilik akaun Facebook, Fairuz Arshad.
Sumber


0 comments:
Post a Comment