Baru-baru ini, seorang lelaki warga emas telah dimarahi oleh petugas di kaunter hospital tersebut hanya kerana tidak mengisi borang yang diberikan dengan lengkap.
Namun tanpa bertanya dahulu, petugas tersebut terus memaki hamun menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya setelah melihat borang yang diberikan kepadanya.
Menurut individu yang memuat naik gambar viral tersebut, petugas tersebut amat tidak profesional dan kurang ajar kepada orang awam.
“Ni manusia paling ******* skali. pakcik xnampak mata nak tulis, die boleh marah. cakap nak marah2 b****,” kata Pajan @Shahfahzan di laman Twitter.
Menurut sumber, terdapat lima kaunter yang disediakan namun hanya dua sahaja yang beroperasi pada hari tersebut.
Difahamkan, pihak HKL telah mengambil maklum kes tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap pekerja terbabit.
– MYNEWSHUB.CC




0 comments:
Post a Comment