Gambar yang dipaparkan dalam laman sosial Weibo menunjukkan wanita itu bersandar pada kekasihnya, sambil lelaki itu menyelukkan tangan kiri ke dalam baju wanita itu, seolah-olah dalam dunia mereka sendiri.
Akaun rasmi Weibo kereta api metro Shenyang turut mengutuk gambar itu sebagai ‘memalukan’.
Sementara itu, Biro Keselamatan Awam Perbandaran Shenyang berkata, polis tidak akan mengambil tindakan terhadap pasangan itu kerana perbuatan mereka tidak menggugat keselamatan awam.
Di Shenyang tiada undang-undang yang melarang perbuatan intim dalam kereta api, tetapi kelakuan seumpama itu dilarang di Suzhou mengikut peraturan yang dikeluarkan pada 2012.--Hmetro


0 comments:
Post a Comment